Wednesday 7 March 2012

Rugi

Sesungguhnya kita sentiasa berada dalam kerugian jika masa yang ada tidak dimanafaatkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, Allah masih lagi memanjangkan umurku, memberikan nikmat yang tidak terhitung.. Pada seusia sebegini masa yang telah berlalu  lebih panjang daripada masa yang akan datang... belum tentu esok masih ada untuk kita. Kemanakah arah hidup yang telah dilalui selama ini, Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami..Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung...Moga aku termasuk dalam golongan orang yang bersyukur..    

Saturday 3 March 2012

Belajar lagi

Banyak lagi kena belajar tentang blog ni. Minta tolong cikgu blog, cikgu Mek Na (nama manja) ajar macamana nak edit gambar yang muncul kat paparan blog ni...my jodoh..tak tau macamana boleh ada kt situ, maklumlah suami dan anak-anak turut sama godek-godek blog ni...maknya pulak budak baru belajar...tolong!!!
Syukur

Alhamdulillah,  panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana nadi masih berdenyut, mata masih boleh melihat, telingat masih boleh mendengar, anggota masih bergerak, pendek kata  masih diberi kesempatan menjalani hidup ini....sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung dan nikmat yang mana satukah hendak didustakan....adakah aku termasuk dalam golongan orang yang bersyukur?

Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita. Apakah kita masih di takuk lama, masih lena dibuai mimpi indah dunia, masih memburu yang tak pasti, yang tiada sering dirisaukan dan yang ada jarang disyukuri.....
Akukah itu?????Ya Allah aku ingin menjadi hambaMu yang bersyukur...


"Rasulullah s.a.w bersolat sehingga bengkak kaki-kakinya. Dan dikatakan kepadanya:Adakah engkau diberatkan dengan ini, bukankah telah diampunkan oleh Allah dosamu apa yang  telah lalu dan akan datang? Baginda menjawab: Apakah aku tidak menjadi hambaNya yang bersyukur?
                                                                            (Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari dan Muslim)

Ya, Allah......ampunilah kami..

Tuesday 28 February 2012

Hari ini

Alhamdulillah, syukur  ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bernafas. Apakah hari yang dilalui hari ini sama dengan semalam yang telah beredar pergi?. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Sama sama kita berdoa moga Allah memanjangkan usia kita agar dapat kita berusaha supaya hari esok kita lebih baik dari hari ini..InsyaAllah. Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung....

Saturday 25 February 2012

Ais Blended Azam


* Boleh tambah susu jika nak lebih manis.

Bahan

1 gelas ais (12oz)
2 scoop Mosha ais blend powder @ 1 sachet frozzy pop powder
air secukupnya ( 1/2 cawan)

Cara

Masukkan air ke dalam pengisar
Masukkan powder dan ais
Kisar hingga ais hancur.
Tuang ke dalam gelas.
Hiaskan dengan dengan whipping cream, chocolate rice.n chocolate/strawberry syrup
Sedia utk diminum


Masa dulu

Masa...yang berlalu telah jauh ditinggalkan pergi. Pastinya masa tersebut tak akan bertandang kembali..Kita tinggalkan masa berlalu itu dengan pelbagai kenangan, manis, pahit, suka dan duka semuanya bercampur yang kadang-kadang kita sendiri tidak mampu untuk mengingat...Kita hanya manusia biasa..kalau masa yang kita lalui dahulu banyak membawa pahala, alhamdulillah, tapi jika sebaliknya...mohon Allah ampunkan segalanya..Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu..

RESEPI


Ikan Singgang Marang

Bahan:

Ikan Aya (Tongkol)/Ikan kembung pun boleh
Asam gelugor
Lengkuas
Kunyit hidup
Garam

Air

Cara:
Jerang air secukupnya
Masukkan beberapa hiris kunyit, lengkuas dan 3@ 4 keping asam gelugor.
Bila dah mendidih, masukkan ikan dan garam.
Biarkan masak.

*boleh tambah bawang merah, bawang putih yang dimayang dan lada jarum.

MASA

Masa yang berenjak pergi...

Friday 24 February 2012


Belajar tak pernah habis. Dari dalam perut ibu hingga ke hujung waktu..
Petang
masih belajar ......
Sambung buat blog...

Hari Ini

Salam buat semua..

Moga sentiasa dirahmati Allah. Hari ini belajar buat blog, hari ke dua dah ni...Dah lama asyik lawat blog orang tapi tak tahu nak buat blog sendiri....so hari ini macam dah nampak la sikit, maklumlah dah nk senja ni baru nak belajar.