Tuesday 28 February 2012

Hari ini

Alhamdulillah, syukur  ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bernafas. Apakah hari yang dilalui hari ini sama dengan semalam yang telah beredar pergi?. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Sama sama kita berdoa moga Allah memanjangkan usia kita agar dapat kita berusaha supaya hari esok kita lebih baik dari hari ini..InsyaAllah. Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung....

Saturday 25 February 2012

Ais Blended Azam


* Boleh tambah susu jika nak lebih manis.

Bahan

1 gelas ais (12oz)
2 scoop Mosha ais blend powder @ 1 sachet frozzy pop powder
air secukupnya ( 1/2 cawan)

Cara

Masukkan air ke dalam pengisar
Masukkan powder dan ais
Kisar hingga ais hancur.
Tuang ke dalam gelas.
Hiaskan dengan dengan whipping cream, chocolate rice.n chocolate/strawberry syrup
Sedia utk diminum


Masa dulu

Masa...yang berlalu telah jauh ditinggalkan pergi. Pastinya masa tersebut tak akan bertandang kembali..Kita tinggalkan masa berlalu itu dengan pelbagai kenangan, manis, pahit, suka dan duka semuanya bercampur yang kadang-kadang kita sendiri tidak mampu untuk mengingat...Kita hanya manusia biasa..kalau masa yang kita lalui dahulu banyak membawa pahala, alhamdulillah, tapi jika sebaliknya...mohon Allah ampunkan segalanya..Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu..

RESEPI


Ikan Singgang Marang

Bahan:

Ikan Aya (Tongkol)/Ikan kembung pun boleh
Asam gelugor
Lengkuas
Kunyit hidup
Garam

Air

Cara:
Jerang air secukupnya
Masukkan beberapa hiris kunyit, lengkuas dan 3@ 4 keping asam gelugor.
Bila dah mendidih, masukkan ikan dan garam.
Biarkan masak.

*boleh tambah bawang merah, bawang putih yang dimayang dan lada jarum.

MASA

Masa yang berenjak pergi...

Friday 24 February 2012


Belajar tak pernah habis. Dari dalam perut ibu hingga ke hujung waktu..
Petang
masih belajar ......
Sambung buat blog...

Hari Ini

Salam buat semua..

Moga sentiasa dirahmati Allah. Hari ini belajar buat blog, hari ke dua dah ni...Dah lama asyik lawat blog orang tapi tak tahu nak buat blog sendiri....so hari ini macam dah nampak la sikit, maklumlah dah nk senja ni baru nak belajar.