Tuesday, 28 February 2012
Hari ini
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bernafas. Apakah hari yang dilalui hari ini sama dengan semalam yang telah beredar pergi?. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Sama sama kita berdoa moga Allah memanjangkan usia kita agar dapat kita berusaha supaya hari esok kita lebih baik dari hari ini..InsyaAllah. Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung....
Saturday, 25 February 2012
Ais Blended Azam
* Boleh tambah susu jika nak lebih manis.
Bahan
1 gelas ais (12oz)
2 scoop Mosha ais blend powder @ 1 sachet frozzy pop powder
air secukupnya ( 1/2 cawan)
Cara
Masukkan air ke dalam pengisar
Masukkan powder dan ais
Kisar hingga ais hancur.
Tuang ke dalam gelas.
Hiaskan dengan dengan whipping cream, chocolate rice.n chocolate/strawberry syrup
Sedia utk diminum
Masa dulu
Masa...yang berlalu telah jauh ditinggalkan pergi. Pastinya masa tersebut tak akan bertandang kembali..Kita tinggalkan masa berlalu itu dengan pelbagai kenangan, manis, pahit, suka dan duka semuanya bercampur yang kadang-kadang kita sendiri tidak mampu untuk mengingat...Kita hanya manusia biasa..kalau masa yang kita lalui dahulu banyak membawa pahala, alhamdulillah, tapi jika sebaliknya...mohon Allah ampunkan segalanya..Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu..
RESEPI
Ikan Singgang Marang
Bahan:
Ikan Aya (Tongkol)/Ikan kembung pun boleh
Asam gelugor
Lengkuas
Kunyit hidup
Garam
Air
Cara:
Jerang air secukupnya
Masukkan beberapa hiris kunyit, lengkuas dan 3@ 4 keping asam gelugor.
Bila dah mendidih, masukkan ikan dan garam.
Biarkan masak.
*boleh tambah bawang merah, bawang putih yang dimayang dan lada jarum.
Friday, 24 February 2012
Belajar tak pernah habis. Dari dalam perut ibu hingga ke hujung waktu..
Hari Ini
Salam buat semua..
Moga sentiasa dirahmati Allah. Hari ini belajar buat blog, hari ke dua dah ni...Dah lama asyik lawat blog orang tapi tak tahu nak buat blog sendiri....so hari ini macam dah nampak la sikit, maklumlah dah nk senja ni baru nak belajar.
Moga sentiasa dirahmati Allah. Hari ini belajar buat blog, hari ke dua dah ni...Dah lama asyik lawat blog orang tapi tak tahu nak buat blog sendiri....so hari ini macam dah nampak la sikit, maklumlah dah nk senja ni baru nak belajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)